PEMBUDAYAAN PENYELIDIKAN GURU
Pembudayaan penyelidikan guru dalam pendidikan sememangnya banyak memberi manfaat, terutamanya dalam memantapkan strategi pengajaran guru di dalam kelas. Budaya menyelidik amat membantu guru untuk lebih memahami gaya pembelajaran murid yang pelbagai tahap keupayaan dalam satu-satu sesi pengajaran dan pembelajaran.
Setakat ini budaya penyelidikan ini yang telah dilaksanakan oleh penulis (Fauziah bt Mat) ialah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Perkebunan dan Bahasa Melayu. Sehubungan dengan itu satu pakej modul yang lengkap merangkumi pelbagai tahap telah berjaya dihasilkan dan diguna pakai di peringkat PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) Bermasalah Pembelajaran di SMK Jalan Reko, Kajang.
ABSTRAK KAJIAN TINDAKAN GURU
- Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Perkebunan - kertas kerja kajian tindakan ini telah diseminarkan di peringkat antarabangsa pada November 2010 anjuran Kolej Universiti Islam Antarabangsa (KUIS)
- Implementasi Modul Mutiara Reko dalam Program Intervensi 2M PPKI SMK Jalan Reko-kertas kerja kajian tindakan ini akan diseminarkan di peringkat antarabangsa pada Disember 2011 anjuran UNITAR dan UPSI
MODUL PENGAJARAN & PEMBELAJARAN
Pakej Modul Kemahiran Hidup Perkebunan
Pakej Modul Mutiara Reko bagi Program Intervensi 2M Murid Khas Bermasalah Pembelajaran